Kerajaan Harus Bertindak Sebelum Perosak Rakyat Bertindak Merosakkan Minda Rakyat

Masih keras kepala dan mementingkan diri sendiri!! itulah sikap "pengurusan" sebuah pasaraya 'Prominent' la lebih kurang, tak lain tak bukan, Maimin ( bukan nama sebenar, nama samaran pasaraya terbabit!).

Memang sesak, tak kira siang atau malam, waktu bekerja ataupun cuti hujung minggu, merujuk kepada perkara seperti diatas, pekerja-pekerja pasaraya tersebut yang teraniaya ekoran dari perangai "pengurusan/management" yang tiada kesedaran sivik! Langsung tidak peduli arahan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan.

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Tempatan telah menyaman/mengkompaun kesemua kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, padahal telah diletakkan notis, terdapat lebih kurang 15-20 papan tanda diletakkan, jadi tiada alasan la "tidak nampak".

Pekerja-pekerja yang naik berang dengan kejadian itu, akibat sering disaman PBT, akhirnya bersuara dengan nada sedih dan lantang, menurut mereka, bukan mereka suka-suka meletakkan kenderaan disini, pihak pengurusan kami yang suruh!! mereka tidak membenarkan pekerja-pekerja meletakkan kenderaan didalam kawasan parking pasaraya, jadi kami tiada pilihan!! Inilah bahananya, akibat sikap "pengurusan" yang terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan menjadi "keras dan besar" kepala!!, golongan pekerja "teraniaya"! Perkara-perkara sebegini haruslah dipandang serius oleh wakil-wakil rakyat BN, cepat bertindak dan selesaikan, sebelum "pembangkang-pembangkang PR tak sedar diri ini" menggunakan isu ini untuk tujuan provok,fitnah,hasutan, dan modal untuk menjaja memburukkan nama baik UMNO dan BN! Pihak berwajib harus turun padang memberitahu perkara sebenar agar tidak disalah tafsir oleh Pembangkang (PR) dengan niat untuk memburuk-burukan UMNO & BN! faham-faham ajelah, itu kan kerja diorang, provokasi!

0 comments:

Post a Comment