Digantung 2 Hari

Budaya Rimba: Penyokong Pakatan membuat kecoh di Parlimen pula. Nasharuddin kata tindakan itu takda kena-mengena dengan PAS, sebaliknya hal peribadi Nizar dan DAP. Adakah ini bermaksud Nizar sudah masuk DAP?


SETELAH gagal di DUN Perak, Nizar Jamaluddin membawa budaya rimbanya ke parlimen pula. Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar Perak itu terus menghuru-harakan Dewan Rakyat dengan cara yang sama mereka lakukan di Perak.

Akhirnya beliau digantung selama dua hari kerana kebiadapan beliau. Ini memalukan rakyat Perak di mana ahli parlimennya membawa budaya samseng ke parlimen. Turut sama digantung adalah Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Zulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai).

Sementara itu Agenda Daily melaporkan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pula berkata perbuatan Nizar itu tidak kena mengena dengan PAS. Ianya adalah tindakan Nizar dan DAP semata-mata.

Mungkin PAS sendiri tidak mahu dilibatkan dengan kegiatan yang memalukan dan keanak-anakan Nizar, yang sebaik sahaja mengangkat sumpah terus menjerit "Hidup! Hidup!". Selamatkan Perak

0 comments:

Post a Comment