GILA talak atau perasan?

Banner Gila Talak. Walaupun telah "dilucutkan" jawatannya,
NIZAR si Kitul Moden masih mengaku Menteri Besar.

Orang ramai yang lalu-lalang depan pejabat PAS di Bandar Ipoh Raya pasti akan terkejut dan pelik bila melihat banner yang terbentang di punto masuknya.

Walaupun, Barisan Nasional mempunyai sokongan majoriti (28 + 3 kerusi), Nizar Jamaluddin dan sebahagian ahli-ahli PAS yang taksub, masih mengaku beliau sebagai menteri besar.

Ini adalah satu penderhakaan kepada DYMM Sultan Perak kerana tuanku telah melantik Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar. Apatah lagi mahkamah rayuan telah mengesahkan tindakan DYMM adalah tepat dan menurut undang-undang.

Kebiadapan PAS menggantung banner ini jelas menghina mahkamah kerana ia melanggar keputusan yang telah dibuat berasaskan proses undang-undang.

Bagaimanapun Nizar ini agaknya memang kebal dari undang-undang kerana sudah beberapa kali beliau menghina mahkamah dan beberapa laporan telah dibuat terhadapnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadapnya.

Kali ini banner yang digantung ini bukan mencerminkan kebiadapannya menghina mahkamah malah merupakan satu tindakan penderhakaan terhadap Sultan Perak kerana menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku.

Walaupun beliau telah menderhakan tetapi masih tak malu berceramah mengaku beliau “rapat dan akrab” dengan Tuanku Sultan serta DYTM Raja Muda. Memang Nizar ini manusia tak tahu malu!

2 comments:

AnakWarisan said...

KATA DULANG PAKU SERPIH.NIZAR DERHAKA TAK SAMPAI MENELANJANGKAN KUASA SULTAN.UMNO SUDAHLAH MENDERHAKA KEMUDIAN LUCUTKAN PULAK KEKEBALAN KUASA SULTAN.BILA SULTAN DAH TAK ADA KEKEBALAN DAN BOLEH DI BICARA KAT MAHKAMAH UMNO PULAK MELALAK.SEKARANG UMNO NYOROK DAN CIUM KETIAK SULTAN MACAM BUDAK YANG SEDANG BERSELINDUNG DI BELAKANG SANG IBU APABILA MAHU DI PUKUL OLEH SANG BAPA.SIAPA YANG SEPATUTNYA MERASA MALU?NIZAR ATAU ORANG YANG MENYOKONG DAN BERSUBAHAT DENGAN UMNO?.BUKAN KAH UMNO SEDANG BUAT LAWAK BODOH DALAM KES NIZAR?SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA SEKARANG BUKAN SEMUA BODOH.BERHAKKAH UMNO MENGATA NIZAR MENDERHAKA?JANGAN SALAHKAN RAKYAT,KERANA RAKYAT TELAH MELIHAT APA YANG TELAH UMNO LAKUKAN.

Sharps Shooters said...

ape2 jer la anak warisan .. peduli ape aku ngan komen ko? dah sah2 nizar tu hisap pelir DAP .. kahkahkah!

Post a Comment