Anwar 1 Julai


Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.
Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.
Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners, pada jam 2.15 petang ini.

Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.
Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.

Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.
Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.
Ulasan Penulis:
1. Kenape nak mintak rakaman CCTV? Nak edit dulu ke video tu sebelum masuk court?
2. Ke dia nak edit sikit gambar bontot dia. Kasi lawa sikit la .. hahaha!
3. Belum bicara lagi dah nak mengelabah. Kalau tak bersalah kenapa takut?
4. Kalau semua bukti dia minta, ertinya dia memang dah liwat Saiful

0 comments:

Post a Comment