Belina Shop

Bila Nik Aziz Dah Takde Idea

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?

Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?

Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?

Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu? Angin

0 comments:

Post a Comment