Belina Shop

Anwar & Nik Aziz Busuk Hati

Setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia. Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut. Usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini. Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu. Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Moga Allah menyatukan hati hati kita semua..... Panglima Perang Cyber

0 comments:

Post a Comment