Belina Shop

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Anwar Mula Pertimbangkan Untuk Singkirkan PAS Dari Pakatan

Hakikatnya, BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang apabila Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi. Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada PRU 12 tahun lalu.

Satu petanda baik BN yang bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Rakyat telah mula menunjukkan keyakinan bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan Negara serta menggambarkan sokongan rakyat terhadap gandingan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam melaksanakan gagasan ;

‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Apa kata PAS ?

‘UMNO menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah’ kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, tetapi kenalah juga terima serta menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Sementara itu, Pengarah jentera pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara. Bagan Pinang juga dijadikan medan permulaan pakatan rakyat memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Pendapat kawanlah, UMNO memang berusaha menjurus ke arah memerangi rasuah. Tan Sri Isa bukan penjenayah ‘rasuah’ yang telah di dakwa di Mahkamah, belaiu Cuma dituduh melanggar ‘etika parti’ kerana mengadakan jamuan makan malam bersama ‘para perwakilan’ UMNO semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Dalam perkara ini, bukan dari kalangan orang-orang UMNO sahaja yang membuat kerja-kerja melobi untuk mendapat sokongan semasa musim pemilihan parti. Ahli-Ahli PAS juga banyak berbuat demikian semasa untuk berkempen merebut jawatan dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Kalau tidak, masakan bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Muhamed Daud Iraqi mendedahkan sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan.

Sudah tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu bukan ?

Apakah PAS anggap itu bukan ‘rasuah’ atau dalil tok guru Nik Aziz menyatakan itu hanya ‘pemberian saguhati’ atau ‘hadiah politik’ ?

Kalau dalam UMNO ‘rasuah’, dalam PAS ‘hadiah’ begitu ?

Kalau PAS-Mahfuz-Salahuddin benar-benar ikhlas untuk memerangi ‘rasuah’, mengapa PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak membantu menyokong SPRM dalam penyiasatan rasuah kerajaan pakatan Selangor ?

Sebaliknya PAS-Mahfuz-Salahuddin begitu tegar memfitnah SPRM-UMNO-BN telah membunuh Teoh semasa penyiasatan dijalankan oleh SPRM.

Berkenaan ‘Undi Pos’, kalau benarlah PAS-Mahfuz-Salahuddin mendakwa berlaku penyelewengan.

Apakah PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak sedar bahawa SPR telah membenarkan setaiap parti bertanding menghantar wakil di setiap pusat pembuangan undi dijalankan ?

Waima apa sekali pun, PAS-Mahfuz-Salahuddin perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah mula sedar dari budaya bisikan fitnah ‘pakatan rakyat’ dalam PRK Bagan Pinang.

Hentikan fitnah-fitnah yang mengelirukan rakyat, adalah lebih baik PAS-Mahfuz-Salahuddin memikirkan bagaimana untuk menambah baik lagi khidmat kebajikan untuk rakyat, lebih-lebih lagi bagi kawasan-kawasan yang diwakili oleh PAS-Mahfuz-Salahuddin.

Adalah lebih baik Mahfud-Salahuddin menyeru kaum-kaum Melayu, India dan Cina yang ada di dalam PKR agar meninggalkan parti mereka. PKR yang amat jelas dan nyata di pimpin oleh seorang Ketua yang dikenali sebagai ‘raja rasuah’, penjenayah dan tali barut Yahudi.

Kalau Melayu kebalilah ke tempat asalnya UMNO, kalau India kembali ke MIC, PPP, IPF atau Makkl Sakti dan kalau Cina kembali ke MCA atau Gerakan. Biarkan PKR dengan Anwar serta kuncu-kuncu………..

Bagaimana dengan PAS ?

Adalah amat baik kalau Mahfuz-Salahuddin menasihati tok-tok guru agar meninggalkan DAP dan PKR. Bersatu dalam UMNO-BN demi mengekalkan keperkasaan kuasa Melayu demi menjaga maruah bangsa dan agama……….

Husam: UMNO Punca Undi merosot di Manik Urai (taktik keji PAS)


Penghuni Gua : Apa cerita ni Dato. Tak habis-habis lagi nak salahkan orang lain. Sebagai pemimpin besar PAS di Kelantan dan negara dan sebagai orang lama dalam politik : PG berpendapat Dato atau PAS perlu melihat kemenangan tipis ini dengan melihat kelemahan di dalam diri PAS sendiri. Jangan asyik memandang keluar.

2.Pandang dan kaji kelemahan diri sendiri di dalam PAS. Dengan kemenangan tipis ini PAS perlu melihat kelemahannya yang aantara lain ialah pekerti dan perilaku pemimpinya yang amat memualkan seperti :

i. Mungkin rakyat benci dengan mulut TGNA yang asyik memaki hamun UMNO dengan perkataan binatang, kafir, tidak islam dan sebagainya.

ii. Juga mulut Mat Sabu yang asyik memaki hamun pemimpin UMNO sebaik sahaja membuka mata diwaktu pagi.

iii. Mulut YB Mahfuz, yang memfitnah UMNO dan menggelas pemimpin UMNO dengan berbagai gelaran buruk.

iv. Juga mungkin rakyat benci dengan keceluparan mulut TGHH yang mencela pemimpin UMNO dengan berbagai gelaran, tidak islamik, UMNO Parti Kafir, menyalahkan UMNO mengenai kerajaan perpaduan.

v. Juga mungkin rakyat dah muat dan benci dengan tingkahlaku Dato juga yang asyik berbaik dengan DAP dan PKR yang jelas tidak memperjuangkan islam.

vi. Dengan kata lain secara perbandingannya : Rakyat boleh menilai dan membandingkan mulut dan tindakan pemimpin UMNO yang lebih sopan dan berhemah. PG tak pernah lagi mendengar TPM dan PM bercakap kasar dan mengaibkan orang lain atau pemimpin PAS dengan cakap yang kasar. Tak pernah PG dan rakyat mendengar TPM dan PM mencela dan memaki hamun orang apatah lagi pemimpin PAS.

3. Dan banyak lagilah tentang kelemahan diri PAS sendiri iaitu dari segi personalitinya. Jadi lihatlah kedalam diri PAS lah. Berhentilah dari menyalahkan orang lain. Dahsyat sangat mulut pemimpin-pemimpin PAS ini tak sepadan dengan penampilan dan berimejkan islam. Pengundi muda dan berpelajaran di Manek Urai dan Kelantan keseluruhanya telah terbuka minda dan mata mereka. Jadi mereka boleh melihat dan membuat perbandingan dari segi mulut sahaja. Tak perlu yang lain. Mulut PAS ke atau mulut UMNO ke yang kerap memaki hamun, fitnah, sumpah seranah, mencela, menghina orang dan sebagainya.

4. Jadi itu sahaja lah yang nak diulas berkaitan komen Dato Husam di atas. Hanya bab mulut sahaja analisis kali ini. Tak perlu analisis berat yang lain-lain.

5. Fikirkanlah hal ini dengan fikiran terbuka. Islamkah ini?
Nota : Semasa pengumuman kemenangan calun PAS di MU: PG tak terdengar pulak laungan takbir PAS. Mengapa ye? Dah tak ingat Allah ke bila majoriti tipis. Jika tidak, tak mengira tempat takbirnya. Hingga YB Ngeh di Perak membaca ayat suci Al quran, macam bunyi guruh takbirnya. Mengapa ye?

Hasil Tulisan Arif Omar

Penduduk Manek Urai Mahu Perubahan atau berada di takuk lama??


Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!

Sumber : Cucu Tok Selampit

Nik Aziz Ajak Berdebat Hanya Buang Masa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

"Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Bernama melaporkan cNajib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: "Sebenarnya Pas sudah berpecah."

Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah.

"Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas.

"Tapi, terpulang kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka.

Nik Aziz owh Nik Aziz, ko dengar tak ape yang PM dah khabarkan tuh? Buang masa! Memang buang masa pun kalau nak berdebat, buat apa nak berdebat kalau berniat nak kutuk mengutuk parti lain? Buat apa nak bezakan parti PAS dengan UMNO sedangkan rakyat sendiri sudah tahu yang PAS hanyalah Balaci Am kepada DAP & PKR?

Yang juga tidak mempunyai dan tidak yakin yakin dengan kekuatan parti sendiri sehingga terpaksa akur dengan kata-kata komander Anwar Ibrahim. Sehingga menegur cadangan Hadi selaku presiden PAS yang tidak mampu nak melawan makian ahli-ahli penyokong PAS dan kemudiannya menaburkan fitnah UMNO punca segalanya?

What the Hell Pas? What the hell?!

Bila Nik Aziz Dah Takde Idea

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?

Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?

Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?

Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu? Angin

Hadi Penakut!


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini. Ketika diminta mengulas keputusan PAS, DAP dan PKR hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya. Saya tidak tahu kalau kenyataan berikut bukan dikeluarkan oleh orang munafik, saya tidak tahu apa lagi maknanya:


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Sumber: Haprakdaily.


Ini pula adalah kata-kata Cucu Tok Selampit:


1. Barisan Nasional seharusnya melupakan dan tidak bercakap sama sekali tentang isu perpaduan. Perkuatkan parti dan hancurkan Pakatan Haram di dalam PRU13. Baik dari ahli bawahan sehinggalah DS Najib sendiri, selepas ini jangan lagi terhegeh-hegeh untuk berbuat baik dengan ular yang bercabang lidahnya. Jangan jadi pengecut dan hadapi kenyataan. Barisan Nasional adalah parti memerintah dan Barisan Nasional patut kekal memerintah. "Please Act Like One!!"



2. Buat Haji Hadi, simpan telur-telur kamu baik-baik. Lain kali kalau tidak ada telur, jangan bercakap tentang sesuatu isu yang kamu sendiri tidak boleh membuat keputusan. Lagi seorang ulamak, ular dalam semak. Dia yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan. Dia yang minta berbincang dengan UMNO. Dia yang tidak ada telur untuk berhadapan dengan Pakatan Haram. Lebih busuk lagi, dia kata UMNO jahat untuk memecahkan Pakatan Haram. Memang ular dalam semak. Lidah bercabang!!!

3. Saya berharap Haji Hadi tidak melupakan sekali kali "Amanat Haji Hadi" yang terkenal itu. Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

Semoga Parti Syaitan dan Parti Gay dapat merealisasikan hasrat kamu untuk menyatukan agama dan politik. Semoga dengan berkawan dengan syaitan dan gay boleh menyebabkan ahli-ahli Pas mati syahid. Tahniah Haji Hadi!

Kerajaan Harus Bertindak Sebelum Perosak Rakyat Bertindak Merosakkan Minda Rakyat

Masih keras kepala dan mementingkan diri sendiri!! itulah sikap "pengurusan" sebuah pasaraya 'Prominent' la lebih kurang, tak lain tak bukan, Maimin ( bukan nama sebenar, nama samaran pasaraya terbabit!).

Memang sesak, tak kira siang atau malam, waktu bekerja ataupun cuti hujung minggu, merujuk kepada perkara seperti diatas, pekerja-pekerja pasaraya tersebut yang teraniaya ekoran dari perangai "pengurusan/management" yang tiada kesedaran sivik! Langsung tidak peduli arahan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan.

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Tempatan telah menyaman/mengkompaun kesemua kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, padahal telah diletakkan notis, terdapat lebih kurang 15-20 papan tanda diletakkan, jadi tiada alasan la "tidak nampak".

Pekerja-pekerja yang naik berang dengan kejadian itu, akibat sering disaman PBT, akhirnya bersuara dengan nada sedih dan lantang, menurut mereka, bukan mereka suka-suka meletakkan kenderaan disini, pihak pengurusan kami yang suruh!! mereka tidak membenarkan pekerja-pekerja meletakkan kenderaan didalam kawasan parking pasaraya, jadi kami tiada pilihan!! Inilah bahananya, akibat sikap "pengurusan" yang terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan menjadi "keras dan besar" kepala!!, golongan pekerja "teraniaya"! Perkara-perkara sebegini haruslah dipandang serius oleh wakil-wakil rakyat BN, cepat bertindak dan selesaikan, sebelum "pembangkang-pembangkang PR tak sedar diri ini" menggunakan isu ini untuk tujuan provok,fitnah,hasutan, dan modal untuk menjaja memburukkan nama baik UMNO dan BN! Pihak berwajib harus turun padang memberitahu perkara sebenar agar tidak disalah tafsir oleh Pembangkang (PR) dengan niat untuk memburuk-burukan UMNO & BN! faham-faham ajelah, itu kan kerja diorang, provokasi!