Ketika Pas dikatakan semakin ghairah untuk mengejar kemenangan dalam pilihan raya umum, seorang perwakilan mengingatkan agar parti itu tidak menggadaikan prinsip perjuangannya.
Wakil Dewan Pemuda Pas Perlis, Yasir Mat Desa menegaskan, parti itu tidak boleh menjadi tunggul dalam pakatan pembangkang sebaliknya perlu berada di barisan hadapan.
''Ucapan Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub supaya Pas menjadi pelengkap kepada pakatan, itu saya tidak setuju.
''Saya tidak mahu Pas menjadi tunggul, kena duduk di barisan hadapan dan dominan," katanya sesi perbahasan Muktamar Tahunan Ke-50 Dewan Pemuda Pas di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar di sini hari ini.
Beliau mengingatkan Pemuda Pas Perlis menyokong usaha untuk mengukuh peranan parti dalam pakatan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.
''Berhati-hati jangan terlalu ghairah hendak kejar kemenangan dalam pilihan raya.
''Sejak pasca pilihan raya, ramai yang gelojoh tanpa membuat penilaian berhati-hati, ingat balik asal perjuangan, jangan alpa dan dibuai mimpi," katanya.
Sementara itu, wakil Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman mahu Pemuda segera menyusun gerak kerja secara menyeluruh, sesuai dengan kedudukan parti yang bakal menjadi kerajaan.
Katanya, usaha bagi mendaftarkan pengundi-pengundi muda perlu digiatkan bagi memastikan Pas mampu memenangi kerusi-kerusi yang masih belum dikuasai pada pilihan raya umum lalu.
''Harap kita dapat bekerja secara kolektif dan bukan sekadar gerak kerja seorang diri termasuk melalui laman blog yang bukannya menghala 'peluru' kepada UMNO, tetapi timbulkan isu dalaman parti.
''Jangan menari dengan rentak media yang tidak menguntungkan kita, mereka ada agenda untuk memecahbelahkan kita," katanya. Milik KamalFarsya

note: Kini PAS memang mengikut apa saja yang dikatakan oleh DAP & PKR. Mane pendirian Pas? Apakah mereka hanya berkemampuan berhujah sahaja namun dalam soal mempertahankan pendirian mereka hanya bergantung kepada pemimpin kedua parti yang lain?
0 comments:
Post a Comment