PAS Milik Mutlak Nik Najiz?

Adakah Pas telah menjadi Parti "milik" TG Nik Aziz? Mungkin TG tidak terniat untuk berbuat demikian tetapi tingkah-lakunya dan lagak "pengikut-pengikut pro Erdogan" yang "membodeknya" memang menjurus ke arah itu.

Apa salahnya TG Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang dilihat lebih condong untuk berdamai dengan Umno? Apa pula salahnya Dato' Dr Hasan Ali yang berjuang secara berseorangan di dalam mempertahankan maruah Islam/Pas di Selangor?

Apakah sejarah sebenarnya sedang berulang? Jika dahulu pada tahun 1983, Dato' Asri Muda terpaksa keluar Pas dan menubuhkan Parti Hamim, kerana eranya ditamatkan oleh golongan Muda anti Asri yang diketuai antaranya oleh Yusuf Rawa dan Nik Aziz sendiri. Maka kini sejarah seakan-akan akan berulang?

Jika ketika itu kepimpinan Dato" Asri di dalam Pas digelarkan sebagai "Parti Asri Sekeluarga", bagaimana pula dengan pimpinan TG Nik Aziz kini? Presiden dan Timbalan Presiden langsung tidak boleh bersuara? TG Nik Aziz dilihat begitu terpengaruh dengan idea-idea puak Erdogan di dalam Pas sehingga sering dilihat puak Erdoganlah yang sebenarnya yang "menguasai" Pas, disebabkan mereka dapat menguasai TG Nik Aziz.

Cabaran penulis kepada golongan penyokong TG Hj Hadi and Co., tunjukkanlah kuasa anda yang sebenarnya. Anda sebenarnya mewakili suara akar-umbi penyokong-penyokong Pas. Cukuplah sikap terlalu menghormati "TG Nik Aziz", sebagai penasihat, TG Nik Aziz sepatutnya sedar, bahawa zamannya telah berlalu...Sebagai penasihat kuasanya adalah terhad dan hanya terbatas untuk memberikan nasihat. Peneraju Parti Pas, kini berada ditangan TG Hj. Hadi, biarlah beliau dengan ahli jawatankuasanya menentukan hala-tuju parti.

TG Hj. Hadi dan Ahli-ahli Jawatankuasanya perlu memberikan isyarat yang jelas kepada TG Nik Aziz bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa. Mudah-mudahan ini akan menyedarkan TG Nik Aziz dari lenanya dan menyedari akan "peranan jahat" yang sedang dimainkan oleh puak Erdogan.

Jika TG Nik Aziz masih lagi tidak mahu sedar diri, maka tidak mustahil nasib yang dialami oleh Allahyarham Dato' Asri, 26 tahun lalu (dipinggirkan oleh ahli-ahli Pas) akan alami pula olehnya, sejarah akan berulang!!!!!

Tetapi ini hanya akan berlaku jika TG Hj. Hadi dan penyokong-penyokongnya berani untuk mempertahankan hak mereka dan memperjuangkan asas-asas perjuangan asal Pas/Islam dan survival bangsa Melayu. Adakah mereka ada maruah untuk melakukanya? Kita tunggu dan lihat...

0 comments:

Post a Comment