Di sebalik kesungguhan TS Khalid Ibrahim mendeklasifikasi laporan Bukit Antarabangsa, ada rahsia sebalik rahsia..hehe

Dengan tujuan taktikal untuk meringankan tekanan dari pendedahan-pendedahan dan kritikan-kritikan terhadap dirinya dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendeklasifikasikan dokumen-dokumen kerajaan untuk disiarkan kepada awam.

Salah satu pendedahan yang ingin dilakukan adalah kes mengenai keruntuhan pangsapuri di Bukit Antarabangsa. Langkah yang ingin dilakukan Khalid menimbulkan kontroversi dan mendapat perhatian awam.

Tapi disebalik isu yang kononnya berkenaan ketelusan, ianya adalah percakaran antara Khalid dan Azmin Ali.

Usaha Khalid untuk mendedahkan dokumen Bukit Antarabangsa ditentang oleh Kementeriaan Kerjaraya yang mempunyai kuasa kerana mereka yang menyediakan dokumen tersebut.

Kengganan Kementeriaan tidak boleh diketahui sebab-sebab kerana isi kandung laporan tersebut tidak diketahui. Buat masa ini, pihak awam tidak harus ada prasangka buruk dan anggap ada kebijaksanaan sesuatu dokumen diklasifikasikan sebagai OSA.

Ekoran penentangan itu, Khalid telah membocorkan laporan tersebut melalui Internet. Tuduhan ini dibuat terhadap Khalid kerana dia dilihat bersungguh-sungguh mahu mendedahkan laporan itu dan mendeklasifakasikan dokumen-dokumen rahsia kerajaan.

Ramai pasti tidak menganggap ianya salah kerana perasaan ingin tahu. Drama yang dibuat Khalid menimbulkan persepsi bahawa ada sesuatu sensitif yang mahu didedahkan yang akan memalukan kerajaan BN dan kerajaan pusat cuba menahan.

Adakah antara kita terfikir samada Khalid ada helah lain dari yang kesimpulan mudah dan prasangka buruk terhadap kerajaan sedemikian?

Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Bukit Antarabangsa adalah Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan kawasan itu, Bukit Antarabangsa sudah maju dan berkembang sejak dibina sebuah ‘lebuhraya dua lorong’ yang bersambung dengan lebuhraya MR2. Sepanjang ‘lebuhraya’ itu terbangun kawasan-kawasan perumahan.

Kawasan berbukit disepanjang ‘lebuhraya’ tidak mempunyai kecuraman seperti kawasan-kawasan Bukit Antarabangsa yang mengalami tanah runtuh. ‘Lebuhraya’ ini akan disambung dan bertemu kawasan sebelah Ampang. Prospek projek pembangunan hartanah berpotensi.

Sumber maklumat yang penulis perolehi memberitahu Azmin Ali dan ahli Parlimen Telok Kemang, Dato Kamarul Baharin ada merancang perniagaan untuk membangunkan sebidang tanah di kawasan itu. Dato Kamarul adalah bekas Pengarah Urusan syarikat pembangunan hartanah Tenaga Ehsan Sd Bhd.

Sebagaimana diketahui umum, Khalid dan Azmin sedang bermusuh dan Azmin dipercayai terlibat membuat pendedahan-pendedahan yang bertujuan untuk menimbulkan kontroversi untuk menjatuhkan Khalid dari jawatan Menteri Besar.

Sumber memberitahu tujuan Khalid beriya-iya mahu mendedahkan laporan Bukit Antarabangsa hingga disyaki mendedahkan di Internet adalah untuk menimbulkan kerisauan awam berkenaan kawasan Bukit Antarabangsa. Dengan ini, ia memberi sebab projek yang mahu diusahasamakan Azmin dan Dato Kamarul boleh tidak diluluskannya.

Kesian orang awam ditipu dengan pelbagai perkara yang merisaukan. Rupanya ada cerita lain disebaliknya. Nampaknya ianya hanya pemimpin-pemimpin PKR sedang bercakar sesama sendiri.

0 comments:

Post a Comment