Belina Shop

PAS Milik Mutlak Nik Najiz?

Adakah Pas telah menjadi Parti "milik" TG Nik Aziz? Mungkin TG tidak terniat untuk berbuat demikian tetapi tingkah-lakunya dan lagak "pengikut-pengikut pro Erdogan" yang "membodeknya" memang menjurus ke arah itu.

Apa salahnya TG Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang dilihat lebih condong untuk berdamai dengan Umno? Apa pula salahnya Dato' Dr Hasan Ali yang berjuang secara berseorangan di dalam mempertahankan maruah Islam/Pas di Selangor?

Apakah sejarah sebenarnya sedang berulang? Jika dahulu pada tahun 1983, Dato' Asri Muda terpaksa keluar Pas dan menubuhkan Parti Hamim, kerana eranya ditamatkan oleh golongan Muda anti Asri yang diketuai antaranya oleh Yusuf Rawa dan Nik Aziz sendiri. Maka kini sejarah seakan-akan akan berulang?

Jika ketika itu kepimpinan Dato" Asri di dalam Pas digelarkan sebagai "Parti Asri Sekeluarga", bagaimana pula dengan pimpinan TG Nik Aziz kini? Presiden dan Timbalan Presiden langsung tidak boleh bersuara? TG Nik Aziz dilihat begitu terpengaruh dengan idea-idea puak Erdogan di dalam Pas sehingga sering dilihat puak Erdoganlah yang sebenarnya yang "menguasai" Pas, disebabkan mereka dapat menguasai TG Nik Aziz.

Cabaran penulis kepada golongan penyokong TG Hj Hadi and Co., tunjukkanlah kuasa anda yang sebenarnya. Anda sebenarnya mewakili suara akar-umbi penyokong-penyokong Pas. Cukuplah sikap terlalu menghormati "TG Nik Aziz", sebagai penasihat, TG Nik Aziz sepatutnya sedar, bahawa zamannya telah berlalu...Sebagai penasihat kuasanya adalah terhad dan hanya terbatas untuk memberikan nasihat. Peneraju Parti Pas, kini berada ditangan TG Hj. Hadi, biarlah beliau dengan ahli jawatankuasanya menentukan hala-tuju parti.

TG Hj. Hadi dan Ahli-ahli Jawatankuasanya perlu memberikan isyarat yang jelas kepada TG Nik Aziz bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa. Mudah-mudahan ini akan menyedarkan TG Nik Aziz dari lenanya dan menyedari akan "peranan jahat" yang sedang dimainkan oleh puak Erdogan.

Jika TG Nik Aziz masih lagi tidak mahu sedar diri, maka tidak mustahil nasib yang dialami oleh Allahyarham Dato' Asri, 26 tahun lalu (dipinggirkan oleh ahli-ahli Pas) akan alami pula olehnya, sejarah akan berulang!!!!!

Tetapi ini hanya akan berlaku jika TG Hj. Hadi dan penyokong-penyokongnya berani untuk mempertahankan hak mereka dan memperjuangkan asas-asas perjuangan asal Pas/Islam dan survival bangsa Melayu. Adakah mereka ada maruah untuk melakukanya? Kita tunggu dan lihat...

Exco PAS Samseng




Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera membalas balik?

Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.

Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual 'gedebe'nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beberedar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya. Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu!

Agak nasib baik perbalahan ini tidak berterusan kepada acara bertumbuk lebih dahsyat lagi. Kalau tidak sudah pastilah majlis mulia rumah terbuka semalam akan tercemar dengan insiden ini. Pas akan merekod satu sejarah selepas Bagan Pinang. Bayangkan bagaimana kalau mangsa yang memang dikenali sebagai seorang ahli silat itu menari mengikut rentak Exco berkenaan?

Selanjutnya? Click 'sini'..

PAS Tidak Akan Dapat Menandingi UMNO

Perubahan sistem pengundian dalam pemilihan parti yang diserahkan kepada akar umbi, akan mengwujudkan pemimpin yang dikehendaki dan diterima oleh akar umbi.

Meletakan pemilihan pemimpin kepada 146,500 perwakilan boleh menghapuskan sama sekali politik wang, kerana selain jumlah yang begitu ramai, pemilihan juga diadakan secara serentak di seluruh negara.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini mengubah 41 isi pelembagaannya sesuai tuntutanzaman. Kesan PRU 12 diambilkira dan seterusnya memandang ke hadapan PRU 13 menyebabkan UMNO terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan kesinambungan kewujudan UMNO pada masa akan datang. Maka rancaklah semua pihak menyuarakan pendapat mereka sama ada yang menyokong, yang hanya sebagai pemerhati mahupun yang berada di pihak pembangkang.

Pada mata kasar memang jelas bahawa pertambahan jumlah perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin mampu mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Tetapi secara tidak langsung ini akan memberi kedudukan yang kukuh bagi mereka yang telah sedia ada di tampuk kepimpinan.

Apapun,perubahan dalam Umno secara total ini akan mengarah kepada rebahnya PAS dan PKR dan juga mengalak mengikut jejak LDP Jepun. Akar umbi yang sebelum ini merasa geram dengan perwakilan yang berjumlah 2,510, sekurang-kurang sekarang merasa lega, bahawa geram mereka itu mula terakis.

Najib merasakan bahawa akar umbi perlu didahulukan, sesuai dengan sloganya 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, ditambah lagi dengan menahkodakan zaman.

Perubahan dalam Umno ini, adalah perubahan yang digeruni oleh Pas-PKR, kerana Umno mendahulu zaman, dengan mengedepankan akar umbi dalam memilih pimpinan yang menerajui negara. Melalui perubahan ini: Kebiasaan TOP Botttom approach telah bertukar kepada: SUARA DARI BAWAH DISAMBUT SUARA ATAS.

Anwar Mula Pertimbangkan Untuk Singkirkan PAS Dari Pakatan

Hakikatnya, BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang apabila Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi. Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada PRU 12 tahun lalu.

Satu petanda baik BN yang bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Rakyat telah mula menunjukkan keyakinan bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan Negara serta menggambarkan sokongan rakyat terhadap gandingan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam melaksanakan gagasan ;

‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Apa kata PAS ?

‘UMNO menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah’ kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, tetapi kenalah juga terima serta menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Sementara itu, Pengarah jentera pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara. Bagan Pinang juga dijadikan medan permulaan pakatan rakyat memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Pendapat kawanlah, UMNO memang berusaha menjurus ke arah memerangi rasuah. Tan Sri Isa bukan penjenayah ‘rasuah’ yang telah di dakwa di Mahkamah, belaiu Cuma dituduh melanggar ‘etika parti’ kerana mengadakan jamuan makan malam bersama ‘para perwakilan’ UMNO semasa beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Dalam perkara ini, bukan dari kalangan orang-orang UMNO sahaja yang membuat kerja-kerja melobi untuk mendapat sokongan semasa musim pemilihan parti. Ahli-Ahli PAS juga banyak berbuat demikian semasa untuk berkempen merebut jawatan dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Kalau tidak, masakan bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Muhamed Daud Iraqi mendedahkan sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan.

Sudah tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu bukan ?

Apakah PAS anggap itu bukan ‘rasuah’ atau dalil tok guru Nik Aziz menyatakan itu hanya ‘pemberian saguhati’ atau ‘hadiah politik’ ?

Kalau dalam UMNO ‘rasuah’, dalam PAS ‘hadiah’ begitu ?

Kalau PAS-Mahfuz-Salahuddin benar-benar ikhlas untuk memerangi ‘rasuah’, mengapa PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak membantu menyokong SPRM dalam penyiasatan rasuah kerajaan pakatan Selangor ?

Sebaliknya PAS-Mahfuz-Salahuddin begitu tegar memfitnah SPRM-UMNO-BN telah membunuh Teoh semasa penyiasatan dijalankan oleh SPRM.

Berkenaan ‘Undi Pos’, kalau benarlah PAS-Mahfuz-Salahuddin mendakwa berlaku penyelewengan.

Apakah PAS-Mahfuz-Salahuddin tidak sedar bahawa SPR telah membenarkan setaiap parti bertanding menghantar wakil di setiap pusat pembuangan undi dijalankan ?

Waima apa sekali pun, PAS-Mahfuz-Salahuddin perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah mula sedar dari budaya bisikan fitnah ‘pakatan rakyat’ dalam PRK Bagan Pinang.

Hentikan fitnah-fitnah yang mengelirukan rakyat, adalah lebih baik PAS-Mahfuz-Salahuddin memikirkan bagaimana untuk menambah baik lagi khidmat kebajikan untuk rakyat, lebih-lebih lagi bagi kawasan-kawasan yang diwakili oleh PAS-Mahfuz-Salahuddin.

Adalah lebih baik Mahfud-Salahuddin menyeru kaum-kaum Melayu, India dan Cina yang ada di dalam PKR agar meninggalkan parti mereka. PKR yang amat jelas dan nyata di pimpin oleh seorang Ketua yang dikenali sebagai ‘raja rasuah’, penjenayah dan tali barut Yahudi.

Kalau Melayu kebalilah ke tempat asalnya UMNO, kalau India kembali ke MIC, PPP, IPF atau Makkl Sakti dan kalau Cina kembali ke MCA atau Gerakan. Biarkan PKR dengan Anwar serta kuncu-kuncu………..

Bagaimana dengan PAS ?

Adalah amat baik kalau Mahfuz-Salahuddin menasihati tok-tok guru agar meninggalkan DAP dan PKR. Bersatu dalam UMNO-BN demi mengekalkan keperkasaan kuasa Melayu demi menjaga maruah bangsa dan agama……….