Belina Shop

Husam: Semua I Tak Percaya!


Penghuni Gua : Husam katakan samada SPRM dan PDRM semua tidak boleh dipercayai untuk menyiasat ke ini. Beliau juga mengangkat dan menyanjung SETPOl tersebut sebagai hero kerana berjaya menghalang BN dari merampas Selangor.

2. Kalau tak percaya , kepada siapa nak percaya? Adakah nak percaya kepada :

i. TGNA ?: yang kerap memaki hamun dan cakap berbelit-belit ini.
ii. TGHH ?: Asyik memfitnah dan mengkafirkan orang islam.
iii. LIM Guan Eng ?: Isu kg buah Pala pun tak selesai-selesai.
iv. Lim Kit Siang ?: Asyik fitnah orang dan bersifat racist.
v. Karpal Singh ?: Langkah mayat dia dulu kalau nak laksanakan hudud.
vi. Fairuz ( TKM1 PP ) ?: Nak urus diri sendiri pun tak lepas.
vii. Ronnie Liu ? : Sendiri pun sama malah lagi teruk ( pelindung ... ).
viii: YB Eli : Bab terkangkang dia pun masih belum selesai ( moralnya pun semput ).
viiii. YB Arumugam ? : Masalah anak haram dia pun tak selesai.
x. Mat Sabu : Pernah ditangkap Khalwat.
x. MB Selangor : Bab lembu dia pun masih tak selesai.
x. Apandi Ali ? ( bekas ADUn Jeli ) : kes dia pun separuh nyawa nak lepas dan didapati salah kerana membuat tuntutan palsu ).
x. Azmin Ali ? : Baik dia uruskan isteri dia ( Shamsidar ) lagi afdal.
x. YB PAS yang beristeri Kemboja tu? Tuntutan saman dia pun masih tak selesai.
x Raja Petra ? Tak payah le. Habuk pun tak ada.
x DSAI : Nak urus diri sendiri pun semput. Kes dia pun , dia bersilat separuh nyawa.
x. dan lagi, dan lagi , dan lagi...............Banyak lagi kalau nak disenarai ....

3. Adakah mereka di atas ini boleh dipercayai? Jauh panggang dari api le. Husam sendiri? Ummmmmm. Bertanding Tim. Presiden pun kalah. Dapat pegang jawatan sekarang pun orang bagi atas dasar kesian atau kerana takut Husam memberontak aje.

4. Komen Husam yang mengatakan SETPOL tersebut HERO. Wow. Hero . Memang le. Mana tak nya . Memang hero pun dalam menghasilkan.................................................................Tunggu 7 bulan lagi. Dapat le hasil dari hero ini.

5. Tak percaya? Percayalah.

Husam: UMNO Punca Undi merosot di Manik Urai (taktik keji PAS)


Penghuni Gua : Apa cerita ni Dato. Tak habis-habis lagi nak salahkan orang lain. Sebagai pemimpin besar PAS di Kelantan dan negara dan sebagai orang lama dalam politik : PG berpendapat Dato atau PAS perlu melihat kemenangan tipis ini dengan melihat kelemahan di dalam diri PAS sendiri. Jangan asyik memandang keluar.

2.Pandang dan kaji kelemahan diri sendiri di dalam PAS. Dengan kemenangan tipis ini PAS perlu melihat kelemahannya yang aantara lain ialah pekerti dan perilaku pemimpinya yang amat memualkan seperti :

i. Mungkin rakyat benci dengan mulut TGNA yang asyik memaki hamun UMNO dengan perkataan binatang, kafir, tidak islam dan sebagainya.

ii. Juga mulut Mat Sabu yang asyik memaki hamun pemimpin UMNO sebaik sahaja membuka mata diwaktu pagi.

iii. Mulut YB Mahfuz, yang memfitnah UMNO dan menggelas pemimpin UMNO dengan berbagai gelaran buruk.

iv. Juga mungkin rakyat benci dengan keceluparan mulut TGHH yang mencela pemimpin UMNO dengan berbagai gelaran, tidak islamik, UMNO Parti Kafir, menyalahkan UMNO mengenai kerajaan perpaduan.

v. Juga mungkin rakyat dah muat dan benci dengan tingkahlaku Dato juga yang asyik berbaik dengan DAP dan PKR yang jelas tidak memperjuangkan islam.

vi. Dengan kata lain secara perbandingannya : Rakyat boleh menilai dan membandingkan mulut dan tindakan pemimpin UMNO yang lebih sopan dan berhemah. PG tak pernah lagi mendengar TPM dan PM bercakap kasar dan mengaibkan orang lain atau pemimpin PAS dengan cakap yang kasar. Tak pernah PG dan rakyat mendengar TPM dan PM mencela dan memaki hamun orang apatah lagi pemimpin PAS.

3. Dan banyak lagilah tentang kelemahan diri PAS sendiri iaitu dari segi personalitinya. Jadi lihatlah kedalam diri PAS lah. Berhentilah dari menyalahkan orang lain. Dahsyat sangat mulut pemimpin-pemimpin PAS ini tak sepadan dengan penampilan dan berimejkan islam. Pengundi muda dan berpelajaran di Manek Urai dan Kelantan keseluruhanya telah terbuka minda dan mata mereka. Jadi mereka boleh melihat dan membuat perbandingan dari segi mulut sahaja. Tak perlu yang lain. Mulut PAS ke atau mulut UMNO ke yang kerap memaki hamun, fitnah, sumpah seranah, mencela, menghina orang dan sebagainya.

4. Jadi itu sahaja lah yang nak diulas berkaitan komen Dato Husam di atas. Hanya bab mulut sahaja analisis kali ini. Tak perlu analisis berat yang lain-lain.

5. Fikirkanlah hal ini dengan fikiran terbuka. Islamkah ini?
Nota : Semasa pengumuman kemenangan calun PAS di MU: PG tak terdengar pulak laungan takbir PAS. Mengapa ye? Dah tak ingat Allah ke bila majoriti tipis. Jika tidak, tak mengira tempat takbirnya. Hingga YB Ngeh di Perak membaca ayat suci Al quran, macam bunyi guruh takbirnya. Mengapa ye?

Hasil Tulisan Arif Omar

Penduduk Manek Urai Mahu Perubahan atau berada di takuk lama??


Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!

Sumber : Cucu Tok Selampit