Belina Shop

Mereka Pasti Akan Ambil Kesempatan Terhadap Isu nie

Berita dari Malaysiakini melaporkan, gara-gara menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini dan Polis masih menjejaki tiga lagi suspek juga dari Universiti berkenaan.

Dua orang siswa yan didakwa ialah Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Polis juga dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin serta dua lagi iaitu Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak. Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Rabu lalu, wanita pertama negara akan ke Majlis penutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Apa hendak di kata ?

Pro-pro pembangkang akan medakwa, pihak Polis, Mahkamah dan Kerajaan UMNO/BN kejam, zalim terhadap pelajar atau siswa, bertindak semborono tanpa memikirkan masa depan mereka-mereka yang terlibat.

Begitu ?

Sepatutnya, si dalang kepada pelajar-pelajar ini patut juga lebih berfikir, patutkah pelajar-pelajar yang sedang menuju untuk mencapai puncak gedung ilmu dididik dengan gejala-gejala liar seperti itu ?

Adalah lebih malang lagi pelajar-pelajar yang terlibat dikatakan dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bukan mudah bagi seseorang pelajar untuk menjejak kaki ke situ, kalau bukan mereka-mereka ini dari golongan pelajar yang bijak, cemerlang (kalau kurang cemerlng pun, di atas kuota Bumiputera) dalam peperiksaan.

Budaya liar dan ganas ini, bukan budaya orang Melayu atau pun Islam, mereka ini bukan sahaja cemerlang dari segi akademi, malah juga dari segi pendidikan Islam.

Apakah ini yang diajarkan atau diperturunkan oleh Tok-Tok Guru mereka ?

Adakah ini contoh model sebuah Kerajaan Islam tulin yang hendak dipertunjukan kepada rakyat Malaysia oleh PAS ?

Kalau benar sekali pun seperti yang didakwa oleh pelajar-pelajar terlibat, adalah tidak sepatutnya mereka bertindak seperti pengganas untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Bertindak seolah-olah Negara tidak mempunyai undang-undang lansung, dalam Islam juga ada batas-batas kemanusian dalam melaksanakan undang-undang.

Hanya peraturan dan undang-undang komunis sahaja yang bertindak seperti itu, komunis mengambil tindakan memadai dengan hanya mendengar dan disyaki sahaja sudah cukup untuk diambil tindakan dan terus dijatuhkan hukum tanpa perlu dibicarakan.

Kalau begitulah cara yang hendak dibawa oleh pelajar-pelajar ini, kenapa Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan kesalahan liwat dan Anwar tidak mahu mengaku, begitu juga dengan Mat Sabu yang pernah didakwa berkhalwat dengan isteri orang, juga tidak mahu mengaku, dan banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Mengapa mereka tidak mahu mengambil tindakan ?

Kesimpulanya, janganlah kita bertindak bodoh, dungu tanpa berfikiran waras kononnya untuk menegakkan kebenaran, mengorbankan masa depan diri di atas seruan jihad konon.

Ibu bapa, janganlah biarkan anak-anak dijajah serta dipengaruhi pemikiran-pemikiran sebegini, jangan biarkan anak-anak dipergunakan oleh manusia-manusia yang hanya tahu untuk mendapatkan kuasa.

Pengundi-pengundi di Manek Urai, perlu bijak untuk menolak manusia-manusia seperti ini.

Nik Aziz Ajak Berdebat Hanya Buang Masa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

"Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Bernama melaporkan cNajib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: "Sebenarnya Pas sudah berpecah."

Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah.

"Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas.

"Tapi, terpulang kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka.

Nik Aziz owh Nik Aziz, ko dengar tak ape yang PM dah khabarkan tuh? Buang masa! Memang buang masa pun kalau nak berdebat, buat apa nak berdebat kalau berniat nak kutuk mengutuk parti lain? Buat apa nak bezakan parti PAS dengan UMNO sedangkan rakyat sendiri sudah tahu yang PAS hanyalah Balaci Am kepada DAP & PKR?

Yang juga tidak mempunyai dan tidak yakin yakin dengan kekuatan parti sendiri sehingga terpaksa akur dengan kata-kata komander Anwar Ibrahim. Sehingga menegur cadangan Hadi selaku presiden PAS yang tidak mampu nak melawan makian ahli-ahli penyokong PAS dan kemudiannya menaburkan fitnah UMNO punca segalanya?

What the Hell Pas? What the hell?!

Bila Nik Aziz Dah Takde Idea

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?

Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?

Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?

Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu? Angin

PAS Harus Berubah Jika Ingin Menerajui Negara Ini

PAS patut segera menggunakan konsep "PAS untuk semua" dan "Perjuangan menegakkan keadilan Islam" kerana slogan "Perjuangan menegakkan Negara Islam" akan diputarbelit konsepnya oleh UMNO dan masyarakat kurang faham. Di sini dijelaskan 5 kesilapan-kesilapan lazim PAS yang mungkin menyebabkan PAS kalah PRU.

1.SLOGAN YANG KURANG TEPAT

Apabila kita menyebut konsep negara Islam, akan timbul penentangan dari bukan Islam kerana salah faham mereka terhadap konsep tersebut. Ini ialah hasil dakyah UMNO yang selama ini memburuk-burukkan konsep negara Islam dan sentiasa menakut-nakutkan bukan-Islam.

SEBENARNYA, konsep Negara Islam tidak perlu digeruni oleh mana-mana bukan Islam kerana perundangan Islam hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Perundangan Islam juga sangat adil sebenarnya. Untuk menarik sokongan semua, PAS harus menggunakan slogan yang betul seperti PAS untuk semua dan "Perjuangan menegakkan keadilan Islam untuk semua".

Ini tidak bererti perjuangan menegakkan negara Islam dihentikan.



Jawapan : PAS hakikatnya memang takut untuk tonjolkan imej negara Islam...takut tidak dapat undi bukan Melayu. PAS hakikatnya memang gagal menjadikan Islam sebagai slogan kepada bukan Melayu... jika gunakan slogan pun PAs takut, jadi bagaimana hendak menjelaskan Islam... jangan asyik salahkan UMNO kerana kegagalan PAS menerangkan Islam .. kerana Islam PAS ialah Islam yang telah dipesongkan oleh politik sempit PAS bukan Islam tulen!


2. PAS harus ubah mentaliti

Mentaliti PAS dalam banyak hal masih mentaliti pembangkang dan masih belum jelas kematangan PAS dalam pemerintahan, khususnya dalam beberapa aspek. Contohnya, harakah dan harakahdaily. Kebanyakan artikel, (HAMPIR SEMUA KADANG-KADANG), hanya berkisar tentang keburukan dan kerosakan UMNO. Sewajarnya PAS memperuntukkan beberapa mukasurat, sekitar 5-10 sekurangnya, untuk menjelaskan pelan, perancangan dan pelaksanaan ekonomi yang diusahakan oleh PAS.

Jawapan : PAS memang tidak matang, dulu kini dan selamanya... PAS tidak bebas berfikir dan selalu hanya menjadi pengikut dan penakut. PAS tidak pernah memimpin pakatan pembangkang... dan bsegitulah PAS selama-lamanya. jadi memang betul PAS tidak layak memimpin!


3. PAS kurang mendekati golongan muda

Ini satu kelemahan besar PAS. Kebanyakan sasaran PAS sekarang ialah golongan tua kaki masjid. KJ pun sekurang-kurangnya cuba mendekati golongan mat rempit dan golongan remaja. PAS bagaikan selesa berdakwah dalam 'comfort zone' dengan hanya focus pada ceramah agama di kalangan yang memang minat agama. Sepatutnya PAS mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakat seperti sukan dan sebagainya untuk menarik golongan muda. PAS juga sewajarnya mengumpulkan profesional seperti doktor dan peguam dari PAS dan mengadakan program khidmat percuma dari masa ke masa dan publisiti perlulah ada. Barulah masyarakat lebih tertarik.


Jawapan: PAS mempunyai jentera muda yang hebat dan sedia berjuang untuk PAS. Namun ianya hanya menggunakan naluri memberontak golongan yang disasarkan untuk anti kerajaan. Bukanlah mereka memahami sangat perjuangan PAS tetapi terdorong dengan jiwa memberontak!


3. PAS TIADA STRATEGI DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Terus terang saya katakan, strategi PAS dalam isu perundangan Islam cukup menyedihkan. Perjuangan yang ikhlas tetapi tidak sistematik dan tidak terancang ini kadangkala memualkan. Sebagai contoh, terdapat beberapa pendapat mazhab berhubung tanggapan zina ke atas perempuan mengandung yang belum berkahwin. PAS sewaktu mengemukakan usul undang2 Islam sikit wajtu dahulu memilih undang-undang yang pendapat bahawa wujud tanggapan zina. Ini tentulah akan dipergunakan oleh SIS dan pihak-pihak lain untuk menyerang usul tersebut kerana wanita boleh mengandung akibat dirogol dan sebagainya..

Sewajarnya PAS menghantar usul undang2 hudud dan sebagainya itu kepada majlis fatwa, majlis agama, dan pakar-pakar agama Islam dari seluruh dunia untuk mendapatkan nasihat dan kemaskini dari semua.

Jawapan : PAS memang tiada niat untuk memperjuangkan Islam, apatah lagi strategi khusus untuk memperkembangkan syiar Islam. Ini kerana jika dilihat dari sahabat PAs dalam Pakatan Rakyat, PAS memang tiada ruang untuk menjadikan Islam sebagai agenda pakatan.. cuba terangkan manakah negeri yang telah menjadikan Islam dalam Pakatan... berdiri sebagai Pakatan... negeri yang diperintah pakatan... hanya mengikut parti mana yang banyak kerusi sahaja... samada dap, PAS dan PKR... tiada agenda yang sama setiap negeri pakatan... mustahil Islam boleh dihidupkan jika PAS bersama Pakatan.


4. PAS lemah dari segi publisiti dan strategi

Sebagai contoh, PAS boleh membuat pengumuman bahawa PAS akan mengadakan sidang ekonomi untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat dan menjemput semua cendikiawan dan cerdik pandai dari seluruh negara untuk hadir ke persidangan tersebut dan memberikan kertas kerja atau pandangan masing-masing berhubung langkah terbaik untuk memajukan ekonomi negari-negeri tersebut.

Jawapan : sebagaimana yang diketahui PAS memang tiada kemahiran dalam bidang ekonomi, tiada satupun model ekonomi PAS yang boleh menjadi rujukan apatah lagi di kelantan. Pas hanya hidup dalam kelompoknya yang berwajah bengis sentiasa bersikap anti kepada media perdana. PAS wajar di tolak kerana imej garang dan bengis.


5. PAS terlampau bermusuh dengan ahli UMNO

Rasulullah mengingatkan kita bahawa jika kamu keras dengan masyarakat, mereka akan lari dari Islam. PAS wajarlah cuba menarik ahli-ahli UMNO agar mereka mendekati dan masuk PAS. Sebagai contoh, PAS boleh mengusulkan agar setiap cawangan PAS perlu menghantar sedikit buahtangan atau makanan seperti sate kepada cawangan UMNO untuk cuba berbaik dan menarik mereka kepada PAS. Amalkan pendekatan berhikmah..


Jawapan : PAS dari dahulu memang melatih ahlinya hidup di bawah tempurung dengan mengelakkan ahlinya membaca media arus perdana, TV atau akhbar. Ahli PAS hanya terdedah dengan majalah Haprak.online dan ceramah-ceramah mereka. PAS lbih bimbang ahlinya berfikiran rasional yang mampu membuat perbandingan antara PAS dan UMNO.. kerana itu akan menyebabkab ahli mereka lebih mudah terpengaruh kepada UMNO.



Dipetik dari : tranungkitebengong.

Hadi Penakut!


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini. Ketika diminta mengulas keputusan PAS, DAP dan PKR hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya. Saya tidak tahu kalau kenyataan berikut bukan dikeluarkan oleh orang munafik, saya tidak tahu apa lagi maknanya:


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Sumber: Haprakdaily.


Ini pula adalah kata-kata Cucu Tok Selampit:


1. Barisan Nasional seharusnya melupakan dan tidak bercakap sama sekali tentang isu perpaduan. Perkuatkan parti dan hancurkan Pakatan Haram di dalam PRU13. Baik dari ahli bawahan sehinggalah DS Najib sendiri, selepas ini jangan lagi terhegeh-hegeh untuk berbuat baik dengan ular yang bercabang lidahnya. Jangan jadi pengecut dan hadapi kenyataan. Barisan Nasional adalah parti memerintah dan Barisan Nasional patut kekal memerintah. "Please Act Like One!!"



2. Buat Haji Hadi, simpan telur-telur kamu baik-baik. Lain kali kalau tidak ada telur, jangan bercakap tentang sesuatu isu yang kamu sendiri tidak boleh membuat keputusan. Lagi seorang ulamak, ular dalam semak. Dia yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan. Dia yang minta berbincang dengan UMNO. Dia yang tidak ada telur untuk berhadapan dengan Pakatan Haram. Lebih busuk lagi, dia kata UMNO jahat untuk memecahkan Pakatan Haram. Memang ular dalam semak. Lidah bercabang!!!

3. Saya berharap Haji Hadi tidak melupakan sekali kali "Amanat Haji Hadi" yang terkenal itu. Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

Semoga Parti Syaitan dan Parti Gay dapat merealisasikan hasrat kamu untuk menyatukan agama dan politik. Semoga dengan berkawan dengan syaitan dan gay boleh menyebabkan ahli-ahli Pas mati syahid. Tahniah Haji Hadi!

Kerajaan Harus Bertindak Sebelum Perosak Rakyat Bertindak Merosakkan Minda Rakyat

Masih keras kepala dan mementingkan diri sendiri!! itulah sikap "pengurusan" sebuah pasaraya 'Prominent' la lebih kurang, tak lain tak bukan, Maimin ( bukan nama sebenar, nama samaran pasaraya terbabit!).

Memang sesak, tak kira siang atau malam, waktu bekerja ataupun cuti hujung minggu, merujuk kepada perkara seperti diatas, pekerja-pekerja pasaraya tersebut yang teraniaya ekoran dari perangai "pengurusan/management" yang tiada kesedaran sivik! Langsung tidak peduli arahan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan.

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Tempatan telah menyaman/mengkompaun kesemua kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, padahal telah diletakkan notis, terdapat lebih kurang 15-20 papan tanda diletakkan, jadi tiada alasan la "tidak nampak".

Pekerja-pekerja yang naik berang dengan kejadian itu, akibat sering disaman PBT, akhirnya bersuara dengan nada sedih dan lantang, menurut mereka, bukan mereka suka-suka meletakkan kenderaan disini, pihak pengurusan kami yang suruh!! mereka tidak membenarkan pekerja-pekerja meletakkan kenderaan didalam kawasan parking pasaraya, jadi kami tiada pilihan!! Inilah bahananya, akibat sikap "pengurusan" yang terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan menjadi "keras dan besar" kepala!!, golongan pekerja "teraniaya"! Perkara-perkara sebegini haruslah dipandang serius oleh wakil-wakil rakyat BN, cepat bertindak dan selesaikan, sebelum "pembangkang-pembangkang PR tak sedar diri ini" menggunakan isu ini untuk tujuan provok,fitnah,hasutan, dan modal untuk menjaja memburukkan nama baik UMNO dan BN! Pihak berwajib harus turun padang memberitahu perkara sebenar agar tidak disalah tafsir oleh Pembangkang (PR) dengan niat untuk memburuk-burukan UMNO & BN! faham-faham ajelah, itu kan kerja diorang, provokasi!

Nizar Hanya Alat Kepada Orang Lain


” Izinkan saya memanggilnya Nizar sahaja. Dalam pengamatan kasar saya, saya dapati tiada sesiapa dalam PAS mahu pun dalam Pakatan Pembangkang yang bersedia menegur Nizar. Sama ada kerana takut atau sebab lain saya tak begitu pasti. Sebab itu dia sudah terbiasa dengan cara-cara rimba yang pernah dimulakan olehnya di bawah pokok itu dan kini dia telah membawanya ke Parlimen tanpa sedikit pun rasa bersalah.Nizar adalah produk hasil perkahwinan 69 PAS dengan PKR dan DAP. Sama ada produk hasil daripada perkahwinan percubaan itu menguntungkan PAS atau tidak hanya PAS yang lebih dapat menilainya. Tetapi yang jelas di mata saya Nizar hanyalah alat yang digunakan oleh orang lain, bukan PAS sendiri. Tidak banyak untungnya kepada PAS dengan tingkah laku Nizar itu,” GuruBashid

Sumber, Guru Bashid

Itu Baru 1 Peratus, Belum Sepenuhnya - Zambry


KAMPAR: Tindakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin lepas wajar dinilai sendiri oleh rakyat Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan anggota Parlimen Bukit Gantang itu adalah satu persatu sahaja daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Mohammad Nizar terutama semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lepas.
"Banyak pihak menghubungi saya bertanya dan menyatakan rasa terkejut mereka dengan sikap dan kelakuan (Mohammad) Nizar pada majlis itu dan mahu mengetahui sikap sebenar (Mohammad) Nizar.

"Jawapan saya kepada mereka mudah...Perangai dia (Mohammad Nizar) di Dewan Rakyat itu hanya satu peratus saja, itu pun orang ramai sudah terkejut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Kampar, di sini hari ini.
Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya. Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan pengundi di Bukit Gantang yang menyokong Mohammad Nizar pada pilihan raya kecil 7 April lepas kerana mereka sudah pasti meletakkan harapan agar wakil rakyat mereka melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.
"Ini tidak, belum apaapa lagi selepas menandatangani surat sebagai Ahli Parlimen terus buat perangai...jadi susahlah bagaimana dia nak laksanakan tugas dia sebagai Ahli Parlimen," katanya. BERNAMA

Sumber berita : mstar.com.my

Digantung 2 Hari

Budaya Rimba: Penyokong Pakatan membuat kecoh di Parlimen pula. Nasharuddin kata tindakan itu takda kena-mengena dengan PAS, sebaliknya hal peribadi Nizar dan DAP. Adakah ini bermaksud Nizar sudah masuk DAP?


SETELAH gagal di DUN Perak, Nizar Jamaluddin membawa budaya rimbanya ke parlimen pula. Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar Perak itu terus menghuru-harakan Dewan Rakyat dengan cara yang sama mereka lakukan di Perak.

Akhirnya beliau digantung selama dua hari kerana kebiadapan beliau. Ini memalukan rakyat Perak di mana ahli parlimennya membawa budaya samseng ke parlimen. Turut sama digantung adalah Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Zulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai).

Sementara itu Agenda Daily melaporkan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pula berkata perbuatan Nizar itu tidak kena mengena dengan PAS. Ianya adalah tindakan Nizar dan DAP semata-mata.

Mungkin PAS sendiri tidak mahu dilibatkan dengan kegiatan yang memalukan dan keanak-anakan Nizar, yang sebaik sahaja mengangkat sumpah terus menjerit "Hidup! Hidup!". Selamatkan Perak

GILA talak atau perasan?

Banner Gila Talak. Walaupun telah "dilucutkan" jawatannya,
NIZAR si Kitul Moden masih mengaku Menteri Besar.

Orang ramai yang lalu-lalang depan pejabat PAS di Bandar Ipoh Raya pasti akan terkejut dan pelik bila melihat banner yang terbentang di punto masuknya.

Walaupun, Barisan Nasional mempunyai sokongan majoriti (28 + 3 kerusi), Nizar Jamaluddin dan sebahagian ahli-ahli PAS yang taksub, masih mengaku beliau sebagai menteri besar.

Ini adalah satu penderhakaan kepada DYMM Sultan Perak kerana tuanku telah melantik Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar. Apatah lagi mahkamah rayuan telah mengesahkan tindakan DYMM adalah tepat dan menurut undang-undang.

Kebiadapan PAS menggantung banner ini jelas menghina mahkamah kerana ia melanggar keputusan yang telah dibuat berasaskan proses undang-undang.

Bagaimanapun Nizar ini agaknya memang kebal dari undang-undang kerana sudah beberapa kali beliau menghina mahkamah dan beberapa laporan telah dibuat terhadapnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadapnya.

Kali ini banner yang digantung ini bukan mencerminkan kebiadapannya menghina mahkamah malah merupakan satu tindakan penderhakaan terhadap Sultan Perak kerana menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku.

Walaupun beliau telah menderhakan tetapi masih tak malu berceramah mengaku beliau “rapat dan akrab” dengan Tuanku Sultan serta DYTM Raja Muda. Memang Nizar ini manusia tak tahu malu!

Anwar 1 Julai


Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.
Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.
Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners, pada jam 2.15 petang ini.

Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.
Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.

Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.
Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.
Ulasan Penulis:
1. Kenape nak mintak rakaman CCTV? Nak edit dulu ke video tu sebelum masuk court?
2. Ke dia nak edit sikit gambar bontot dia. Kasi lawa sikit la .. hahaha!
3. Belum bicara lagi dah nak mengelabah. Kalau tak bersalah kenapa takut?
4. Kalau semua bukti dia minta, ertinya dia memang dah liwat Saiful

Anwar Paksa Student UNISEL masuk PKR


Dipetik dari Blog Darul Ehsan Today(DET)

Perkara ni dah berlaku dekat dua bulan dah dan sekarang ni
benda ni berjangkit pada IPTA lain yang menjadi milik kerajaan
Khalid Ibrahim, atas arahan Anwar Ibrahim semua pelajar-pelajar
unisel di minta menghadiri krusus anjuran Institut Kajian Dasar
(IKD) yang seratus peratus dimiliki oleh PKR dan selepas krusus
itu pelajar-pelajar di minta untuk menyerahkan salinan photocopy
kad pengenalan mereka, rupa-rupanya salinan kad pengenalan itu
di gunakan untuk mendaftar keahlian sebagai ahli PKR dan Daftar
pemilih.

Memang sejak dua menjak ni PKR dah semakin ketandusan sokongan
orang melayu dan plan anwar untuk memperbanyakkan ahli melayu
dengan cara memaksa semua pelajar UNISEL menyertai PKR nampaknya
berhasil. malah kebanyakkan nama pelajar-pelajar ini di daftarkan
sebagai pengundi di bukan tempat yang sepatutnya mereka mengundi,
dengan kata lain PKR dah setting nama-nama pelajar ni ditempat
yang boleh memberikan kemenangan untuk PKR di situlah mereka
akan mengundi.

Penyakit memaksa pelajar-pelajar universiti dan kolej di Selangor
kini merebak pula di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) modius operandi mereka adalah sama, paksa pelajar jadi ahli
PKR dan daftar nama mereka untuk mengundi di tempat yang PKR
rasakan sesuai. bagi pelajar yang telah menyertai UMNO sebelum
mereka datang untuk belajar di UNISEL atau KUIS mereka ini telah
di pantau oleh berberapa pegawai yang di lantik dari kalangan
orang-orang PKR. silap langkah pelajar-pelajar ini akan di buang
Asrama atau dibuang
Universiti atau Kolej.

Selain IKD, Yayasan Selangor juga terbabit dalam siri brainwash
pelajar-pelajar ini supaya membenci kerajaan Persekutuan, antara
tempat-tempat yang selalu mereka menjalankan aktiviti-aktiviti
ini ialah di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kem Princess Haliza
Kuala Langat dan berberapa lagi kem-kem swasta yang di bina
oleh puak-puak PKR. mereka mengunakan krusus motivasi dan jatidiri
dan pelbagai judul latihan untuk megaburi mata pelajar-pelajar,
bila pelajar sudah memasuki kem, mereka ni mulalah menyebarkan
dakyah-dakyah songsang dan jahat mereka tu.

Dan mengikut desas-desus cerita warga Unisel, besar kemungkinan
Khalid Ibrahim akan melantik Abangnya Anwar yang sama nama bapak
tapi mak bapak lain-lain untuk menjadi Chancellor yang mana
Chancellor sekarang ini ialah Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor.


Jika ini benar, seharusnya kita mengambil langkah lain bagi
mengelakkan anasir-anasir ini berterusan...cukuplah dengan
ajaran mereka yang songsang, jangan dirosakkan minda yang masih
muda ini hanya untuk kepentingan politik yang lebih bersifat peribadi...
Fikir-fikirkanlah!!!

Anwar & Nik Aziz Busuk Hati

Setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia. Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut. Usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini. Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu. Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Moga Allah menyatukan hati hati kita semua..... Panglima Perang Cyber

Pas Jadi Tunggul Kayu dalam Pakatan Rakyat?


Ketika Pas dikatakan semakin ghairah untuk mengejar kemenangan dalam pilihan raya umum, seorang perwakilan mengingatkan agar parti itu tidak menggadaikan prinsip perjuangannya.
Wakil Dewan Pemuda Pas Perlis, Yasir Mat Desa menegaskan, parti itu tidak boleh menjadi tunggul dalam pakatan pembangkang sebaliknya perlu berada di barisan hadapan.

''Ucapan Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub supaya Pas menjadi pelengkap kepada pakatan, itu saya tidak setuju.

''Saya tidak mahu Pas menjadi tunggul, kena duduk di barisan hadapan dan dominan," katanya sesi perbahasan Muktamar Tahunan Ke-50 Dewan Pemuda Pas di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar di sini hari ini.

Beliau mengingatkan Pemuda Pas Perlis menyokong usaha untuk mengukuh peranan parti dalam pakatan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

''Berhati-hati jangan terlalu ghairah hendak kejar kemenangan dalam pilihan raya.

''Sejak pasca pilihan raya, ramai yang gelojoh tanpa membuat penilaian berhati-hati, ingat balik asal perjuangan, jangan alpa dan dibuai mimpi," katanya.

Sementara itu, wakil Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman mahu Pemuda segera menyusun gerak kerja secara menyeluruh, sesuai dengan kedudukan parti yang bakal menjadi kerajaan.

Katanya, usaha bagi mendaftarkan pengundi-pengundi muda perlu digiatkan bagi memastikan Pas mampu memenangi kerusi-kerusi yang masih belum dikuasai pada pilihan raya umum lalu.

''Harap kita dapat bekerja secara kolektif dan bukan sekadar gerak kerja seorang diri termasuk melalui laman blog yang bukannya menghala 'peluru' kepada UMNO, tetapi timbulkan isu dalaman parti.

''Jangan menari dengan rentak media yang tidak menguntungkan kita, mereka ada agenda untuk memecahbelahkan kita," katanya. Milik KamalFarsya
note: Kini PAS memang mengikut apa saja yang dikatakan oleh DAP & PKR. Mane pendirian Pas? Apakah mereka hanya berkemampuan berhujah sahaja namun dalam soal mempertahankan pendirian mereka hanya bergantung kepada pemimpin kedua parti yang lain?

Seloka 4 Mangkis

Ini adalah seloka the four mangkis.ini bukan cerita khayal, bukan dongengan.the four mangkis disebut kisah, satu jiwa satu matlamat dan satu hati.. four mangkis pandai bicara, ayat konar nya lebih brutal daripada hero moto GP casey stoner.

Bagai beruk dapat bunga, four mangkis memang watak gila. politik lacur dan bohsia sanggup dilakukan walau apa cara, demi mengejar matlamat kemaruk kuasa. four mangkis mengidam kuasa memanda, apa cara akan four mangkis langgari jua

Four mangkis adalah politician retarted,oksigen tak dapat lalu ke otak kerana pembuloh darah tersumbat.. lawan tetap lawan membujur lalu melintang patah,ketuanan rakyat,makal sakti sentiasa di bibir four mangkis

Sebagai pembuka seloka, four mangkis bukan lagenda sejarah negara. four mangkis tiada seperti cerita the four horseman dalam kisah bible kristus lama, apatah lagi untuk dibeda dengan 4 khalifah ulung dijamin sorga abu bakar,umar,uthman dan ali

Four mangkis adalah petualang agama dan bangsa. satu pernah mohon derhaka kepada raja,satu jiwanya kini gundah menunggu bicara akibat hobi seksualitinya suka bersenggama dengan pasangan sejantina,satu cukup gila menjual agama di gereja dan satu lagi makhluk gila kuasa

Four mangkis mencipta gelora, seluruh rakyat marhaen di kencing seadanya. pak aji,mak aji ,muda mudi terpesona dengan lirikan bait-bait politik four mangkis. bicara penuh emosi dan keji , sayang dari mula sampai habis sebenarnya tiada isi. yang ada hanyalah caci dan fitnahi

Four mangkis hero india cina dan paderi. bila cina dap mencipta surah aura-hi, four mangkis kata syabbas beti. inilah watak penggadai agama the four mangkis

Four mangkis tunggang dan ditunggangi. maruah bangsa digadai berkali-kali. agama dan hududi dijadikan watak bogey, oohh menggigil lah pak aji dan mak aji kalau tak dipangkahi di kotak undi alamat neraka wel lah kita pergi ! four mangkis senyum senyum sendiri, mainan politik hamsap berjaya memberi undi. mudahnya melayu di kencing-i.

Jumaat ini hari besar four mangkis. menjadi hero atau mendapat sawan babi. menang four mangkis alamat banyaklah nasib bangsa dan agama bakal digadai dan dijual beli, aduhai melayu kenapa taksub kepada si penjual body.

Apapun kepada pembaca cerita four mangkis, samada mereka menang atau dikecewai, KITA AKAN TERUS BANGKIT DAN LAWAN THE FOUR MANGKIS SAMPAI MATI ! Gerakan Anti PKR

Jual No Ekor xSalah Tapi Beli Plak Salah?!


Leman adalah seorang kaki nombor ekor terkenal dgn kekuatan bmain nombor.die sanggup melakukan ape saje utk mdptkan 'nombor2 cantik'. Satu mlm beliau bjumpe ngan bomoh nombor...

Leman: Tok, boleh tak bagi saya nombor yang akan naik hari minggu ni?
Bomoh: Boleh, tapi ko kene bawakkan aku tali gantung untuk panggil antu..
Leman: Baik tok. Malam esok jugak saya bawak tali gantung tu..

Keesokan harinye Leman pun ke rumah bomoh tu bersame tali gantung..

Leman: Tok, ni tali gantung yang tok pesan semalam..
Bomoh: Bagus... ko tunggu sekejap..

Bomoh pun mulekan jampi serapahnye sambil memegang tali gantung tu.. Tiba-tiba...

Bomoh: Dey tambi, apesal u panggil sama saya?
Leman: Pulak dah,knp bomoh boleh cakap lorat india pulok. Oooo mungkin tali gantung tu meragut nyawa orang india kot?...ok rilek,cool (nada pelahan)
Bomoh: Cepat la tambi...apa u mau?
Leman: Sebenarnya saya nak mintak nombor ekor..sebab saya ni banyak hutang... saya nak setel semua hutang2 saya...
Bomoh: Cheeett, saya sendri gantung diri banyak hutang punye hal, lagi u mau mintak tolong saya untuk bayar hutang ..tarak guna punya orang..

p/s: Jangan taksub dengan nombor ekor, tinggalkan jer.. Hehehe!